This Teacher’s Guide aims to enable teachers to:
- understand the concept of Global Citizenship Education (GCED) in the context of Malaysia
- learn ways to integrate GCED into their teaching and learning
- apply transformative pedagogy and assessment methods in the classroom
- be inspired by sample GCED lesson plans
Buku Panduan ini bertujuan untuk membantu guru:
- memahami konsep Pendidikan Kewarganegaraan Global (PKG) dalam konteks Malaysia
- mempelajari cara mengintegrasikan PKG dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
- mengaplikasikan pedagogi dan pentaksiran transformatif di bilik darjah
- mendapat inspirasi daripada contoh rancangan pengajaran PKG


This book has been carefully crafted as a guide for Malaysian primary school teachers on how to incorporate GCED into the Upper Primary Curriculum, though the approaches to GCED integration are applicable and adaptable by educators across all year levels. It was produced by Arts-ED in partnership with the Ministry of Education Malaysia, through the Global Citizenship Education Curriculum Development and Integration (GCED CDI) Project in Malaysia organised by UNESCO APCEIU.
Buku ini disusun dengan teliti sebagai panduan untuk guru sekolah rendah di Malaysia mengintegrasikan PKG ke dalam kurikulum Tahun 4, 5 dan 6, walaupun kaedah pengintegrasian ini boleh disesuaikan dan diguna pakai oleh pendidik di semua peringkat tahun. Ia dihasilkan oleh Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang (Arts-ED) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Projek Pembangunan dan Integrasi Kurikulum Pendidikan Kewarganegaraan Global di Malaysia anjuran UNESCO APCEIU.