
MENGAPA SERTAI PROGRAM GURU PENERAJU PKG?
📌 Mencuba mengintegrasikan PKG dalam PdP melalui pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)
📌 Merancang dan melaksanakan projek PBL yang mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan konteks sebenar murid dan sekolah, dengan bimbingan fasilitator program
📌 Memantapkan kemahiran menggunakan pelbagai strategi PdP, termasuk strategi pembelajaran berasaskan pengalaman, inkuiri, kolaboratif, serta kaedah multimodal
📌 Membangunkan PdP yang membantu murid berfikir secara kritis tentang isu tempatan dan global
STRUKTUR PROGRAM



KUMPULAN SASARAN DAN KELAYAKAN PENYERTAAN
1. Guru dalam perkhidmatan dari sekolah rendah (Tahun 3-6) atau sekolah menengah (Tingkatan 1-5) Zon Utara (Pulau Pinang, Perak, Perlis dan Kedah)
2. Mempunyai pengalaman dalam mengendalikan PBL / inovasi di dalam atau di luar bilik darjah
3. Berminat untuk membina kompetensi warganegara global dalam kalangan murid
4. Komited untuk melengkapkan penyertaan kesemua komponen dalam program, termasuk menghadiri bengkel secara bersemuka di Pulau Pinang, menghadiri sesi bimbingan dalam talian, menjalankan projek PKG-PBL di sekolah, dan membentang projek dan menjalankan refleksi pada akhir program.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Ooi Win Wen di talian 012-4186737 atau [email protected].
Program ini dianjurkan oleh Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang (ARTS-ED) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan UNESCO APCEIU.


